Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah

law

Description

1 PENGENALAN 

Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon persendirian individu wajib melaksanakan kerja kursus sebagai satu daripada komponen penilaian untuk semester 2. Wajaran markah bagi komponen kerja kursus ini adalah sebanyak 20%. Markah penilaian kertas kerja kursus hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan akhir bagi setiap semester untuk tujuan penggredan mata pelajaran Pengajian Am. Penilaian pencapaian calon dalam kerja kursus ini berdasarkan aspek yang telah ditetapkan dalam Sukatan Pelajaran (SP). 


Manual kerja kursus ini disusun bagi membantu guru dan pemeriksa menilai kerja kursus calon. Pada masa yang sama, manual ini juga dapat membantu calon untuk menghasilkan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Am. Penyediaan dan penilaian kerja kursus ini mestilah dilaksanakan pada semester 2 mengikut tempoh yang ditetapkan oleh MPM.


Related Questions in law category