PERGOLAKAN DI SELATAN FILIPINA DARI TAHUN 1992 SEHINGGA 2006 :
SUATU ANALISIS
NORPAH BINTI ABD MUIN
FAKULTI SOSIAL SAINS DAN
KEMANUSIAAN
ABSTRAK
Tesis ini membincangkan konflik yang berlaku
di Selatan Filipina. Kajian ini penting kerana konflik ini telah lama berlaku
sejak berdekad lamanya. Walaupun telah banyak alternative penyelesaian yang
telah diambil, namun konflik ini dilihat seperti tiada hujungnya. Secara amnya,
kajian ini ingin menjawab tiga persoalan penting iaitu (i) sejauhmanakah
tekanan kerajaan pusat Filipina telah membawa kepada kegagalan gerakan
Bangsamoro?; (ii) sejauhmanakah struktur organisasi gerakan pembebasan
Bangsamoro membawa kepada kegagalan dan kejayaan matlamat mereka?; (iii)
sejauhmanahkah pengaruh luar telah membawa kepada kegagalan gerakan pembebasan
Bangsamoro dalam mencapai matlamat mereka?. Oleh kerana itu, dengan menggunakan
teori Neo-Klasikal Realisme, kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu (i)
menjelaskan asal usul evolusi pergolakan yang berlaku di Selatan Filipina; (ii)
membincangkan kemunculan gerakan pembebasan Bangsamoro di Selatan Filipina;
(iii) menganalisis peranan kerajaan pusat Filipina dan pengaruh luar dalam
mengatasi konflik ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa……..
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Konflik di selatan Filipina adalah
konflik yang melibatkan antara gerakan pembebasan Bangsamoro dengan kerajaan
pusat Filipina. Konflik ini sebenarnya telah berakar umbi dari sejarah yang
panjang. Perjuangan Bangsamoro pula dipercayai telah bermula sejak zaman
pemerintahan kolonial Sepanyol lagi iaitu kira-kira sejak tahun 1560an,
walaupun pada hakikatnya Sepanyol mengambil alih wilayah Moro secara tidak sah[1].
Setelah dijajah selama hampir 333 tahun, maka akhirnya Filipina mendapat
kemerdekaan daripada Amerika Syarikat.
Tahun 1946 adalah tahun keramat bagi
negara Filipina setelah akhirnya Amerika Syarikat sudi mengikgtiraf kemerdekaan
Filipina. Sungguhpun demikian, Filipina masih lagi menghadapi ancaman
keselamatan yang datangnya dari dua punca utama iaitu ; ancaman komunis dan
ancaman orang-orang Moro di selatan Filipina. Walaupun ancaman komunis dikatan
sebagai ancaman nombor satu Filipina, naumun ancaman yang dihadapi ini tidaklah
serumit ancaman daripada orang-orang Moro di selatan Filipina. Manakan tidak,
sampai kini, belum ada penyelesaian secara total yang ditemui. Konflik
ini dilihat mempunyai banyak persamaan dengan konflik yang berlaku di selatan
Thailand, Aceh, dan beberapa
konflik di negara
lain yang melibatkan
pertembungan kepentingan dan
perbezaan persepsi dan interpretasi
dalam menentukan masa
depan sesebuah komuniti
minoriti dalam negara-bangsa.
Perjuangan
masyarakat Moro di selatan Filipina mula diketahui umum apabila Undang-undang
Tentera (Martial Law) 1972 mula dilaksanakan. Ferdinand Marcos, presiden
Filipina mengishtiharkan undang-undang tersebut dengan alasan bahawa Filipina
berada dalam situasi bahaya yakni terdedah dengan ancaman komunis dan golongan
pemisah. Perjuangan Moro ini dipimpin oleh Barisan Pembebasan kebangsaan Moro
(Moro National Liberation Front (MNLF)). Tujuan mereka adalah jelas iaitu untuk
mempertahankan agama islam dan tanah air Moro (Moro Land). Sejak peristiwa
Jabidah 1968, majority masyarakat Moro berpendapat bahawa masa depan mereka di
Filipina berada dalam keadaan yang tidak selamat dan terancam. Oleh itu,
satu-satunya pilihan yang mereka ada adalah dengan menubuhkan negara mereka
sendiri.
Dalam
perjuangan Bangsamoro ini, tekanan daripada dunia Islam telah memaksa kerajaan
Filipina untuk berunding dengan MNLF. Hasil daripada rundingan tersebut, maka
terhasillah sebuah perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Tripoli 1976.
Dalam perjanjian ini, MNLF bersetuju untuk menggugurkan tuntutan untuk berpisah
daripada negara Filipina malahan hendaklah menerima tawaran kerajaan agar kuasa
autonomi bagi tiga belas wilayah termasuklah Basilan, Davao del Sur, Lanao del
Norte, Lanao del Sur, Magindanao, Cotabato Utara, Cotabato Selatan, Palawan,
Sultan Kudarat, Sulu, Tawi-tawi, dan Zamboanga dibahagian selatan diberikan
kepada MNLF. Namun demikian, Perjanjian Tripoli telah gagal dilaksanakan dan
situasi ini telah menyebabkan rundingan menemui jalan buntu. Maka dengan itu,
konflik diantara Bangsamoro dan kerajaan pusat Filipina pun menjadi lebih
tegang.
[1] Huang, L.,
Musembi, V., & Petronic, L. (2012). The State-Moro conflict in the
Philippines. Retrieved from https://carlton.ca/lifp/wp-conttent/uploads/1392-1.pdf
Get Free Quote!
391 Experts Online